Sunday, October 26, 2014

Cara untuk ke Cameron Highlands

Terdapat 3 jalan untuk ke sini iaitu melalui (i) Tapah-Ringlet-Tanah Rata,  (ii)Simpang Pulai-Kampung Raja-Brinchang-Tanah Rata ataupun (iii)Sg. Koyan-Pos Betau-Lembah Bertam-Ringlet-Tanah Rata. 

Setiap jalan mempunyai kelebihannya tersendiri, jika melalui Tapah kita terpaksa melalui lebih kurang 300 ratus lengkuk dan kadangkala tanah runtuh. Pemanduan yang selamat adalah sekitar 40-60 km sejam dan mengambil masa 1jam setengah perjalanan dengan jarak cuma lebih kurang 60km.

Melalui Simpang Pulai sangat menenangkan fikiran cuma sekali-sekala terdapat lengkuk dan roadblock JPJ, yang penting melalui jalan ini tidak memerlukan enjin berkerja ke tahap maksimum seperti jalan Tapah. Jarak perjalanan lebih kurang 100km dan mengambil masa 1jam setengah untuk sampai ke destinasi. 

Jalan Sg. Koyan ke Tanah Rata sangatla selesa kerana ia lebar dan mempunyai laluan memotong namun aku tidak tahu kenapa ia belum diwartakan lagi, namun tidak perlu risau melalui jalan ini selamat namun perlu berhati-hati kerana terdapat 2 kawasan tanah runtuh yang sedang dibaik pulih dan dipertengahan jalan terdapat selekoh yang sangat kecil melalui 2 buah bukit. Perjalanan cuma mengambil masa 1jam setengah dengan jarak lebih kurang 100km.

Jika kita mempunyai masalah berkaitan kereta haruslah diselesaikan di Ringlet kerana kawasan ini mempunyai bengkel kereta, membaiki penghawa dingin/radiator dan bengkel tayar yang boleh dipercayai kebolehannya tetapi harga sedikit mahal dari kawasan di bawah. Jika anda ke Tanah Rata untuk membaiki penghawa dingin yang rosak , sebutharga yang diberi adalah RM780.00 atas alasan kerosakan pada compressor tetapi di Ringlet kerosakan itu cuma perlu dibayar RM65.00. Terdapat 2 stesen minyak (Shell dan Petronas) di Ringlet dan Brinchang dimana kita seharusnya isi minyak kerana tiada setesen minyak di Tanah Rata.




Muslim Holiday Apartment (Carnation Park-Lembah Jasar)

LOKASI

LEMBAH JASAR, TANAH RATA

Butiran mengenai apartment:-

-2 Bilik Air
-2 Bilik Tidur
-Ruang Tamu
-Balkoni
-Comforter/Toto/Selimut lebih disediakan
-Alatan memasak
-Periuk Nasi
-Peti Sejuk
-TV 
-Astro
-Pemain DVD
-Blender
-Toaster
-Sandwich Maker
-Cerek elektrik



Gambar
Gambar depan
Bilik
Tandas
Dapur
Ruang tamu
Balkoni



Kelebihan
-Anda boleh memasak
-Berhampiran dengan kedai runcit
-Terletak di kaki Gunung Jasar
-Kemudahan meletak kereta

*Under Construction